Program Pembangunan Usahawan Muda Langkawi
20 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2019 PI langkawi telah menganjurkan Program Pembangunan Usahawan Muda Langkawi bersama PI Kluster Langkawi bertempat di PI Kg Padang Lalang dengan kerjasama SME Corp. Negeri Kedah, UPUK, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pejabat Pertanian Daerah Langkawi, Pejabat Belia & Sukan Langkawi dan IKBN Jitra. Program ini bertujuan memberi seribu satu ruang kepada semua usahawan tempatan yang terlibat bagi merealisasikan impian mereka dan memberi manfaat kepada semua.
Kami menerima sambutan yang sangat mengalakkan dari usahawan muda dan ini memberi pertanda bahawa mereka sangat perlukan perhatian dari semua pihak untuk memberi bimbingan dan panduan bagi meningkatkan lagi perniagaan mereka di masa hadapan. Seramai 50 orang usahawan menyertai program ini. Program seumpama ini dapat meningkatkan dan memantapkan lagi para usahawan muda/baru dalam bidang perniagaan mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: